Bagaimana berinteraksi dengan non muslim dalam konteks Malaysia

Dalam suasana Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama, maka fiqah Islam perlu kepada suatu dimensi tafsiran yang baru agar ia selari dengan suasana dan zaman. Nas-nas Quran biasanya datang dalam bentuk gambaran umum. Ini dilanjutkan lagi oleh huraian dalam sunnah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Kadir, Mohammad Nizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/1295/
http://irep.iium.edu.my/1295/1/Bagaimana_berinteraksi_dengan_non-muslim_dalam_konteks_Malaysia.pdf
Description
Summary:Dalam suasana Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama, maka fiqah Islam perlu kepada suatu dimensi tafsiran yang baru agar ia selari dengan suasana dan zaman. Nas-nas Quran biasanya datang dalam bentuk gambaran umum. Ini dilanjutkan lagi oleh huraian dalam sunnah Nabi s.a.w. Namun kefahaman terhadap dua sumber ini terikat dengan pelbagai perkara. Antaranya sebab nuzul bagi sesuatu nas Quran dan sebab wurud bagi sesuatu nas hadis. Riwayat-riwayat hadis ada menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. berinteraksi dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran dan suasana. Ada masanya dalam suasana berjenaka, ada masanya tegas dan sebagainya. Riwayat juga mencatatkan bahawa wujud golongan bukan muslim yang hidup dalam masyarakat muslim di Madinah. Riwayat-riwayat yang pelbagai ini memberikan suatu konsep bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat bukan muslim.