Satus sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia
Kajian ini membincangkan tentang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Malaysia. Di antara objektif-objektifnya ialah mengenalpasti perbezaan prestasi akademik pelajar SSE tinggi, SSE pertengahan dan SSE rendah; menerok...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/13004/ http://irep.iium.edu.my/13004/ http://irep.iium.edu.my/13004/1/Procedng_-_SES_Ibubapa_%26_Pencapaian_PMR_-_14th_ICE_Brunei_2009.pdf |
Summary: | Kajian ini membincangkan tentang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Malaysia. Di antara
objektif-objektifnya ialah mengenalpasti perbezaan prestasi akademik pelajar SSE tinggi, SSE pertengahan dan SSE rendah; meneroka faktor-faktor berlakunya perbezaan prestasi akademik di antara pelajar-pelajar daripada golongan-golongan kelas sosial di atas; mengenalpasti pengaruh atau komitmen ibu bapa terhadap prestasi anak-anak mereka dalam peperiksaan; dan, mengetahui komitmen ibu bapa daripada golongan SSE tinggi, pertengahan dan rendah dalam
membantu mencapai kejayaan. Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah di Selangor, Malaysia, melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat terdiri daripada kelas cemerlang, kelas sederhana, dan kelas paling rendah pencapaian PMR mereka. Penyelidik turut menemubual
beberapa orang guru untuk menjelaskan persoalan berkaitan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kesungguhan usaha dan ketinggian komitmen telah terbukti menghasilkan perubahan dan kejayaan kedudukan iaitu bukan semua pelajar dari golongan SSE rendah akan menghadapi kegagalan. Pengalaman membesar dalam kemiskinan telah menjadikan mereka seorang dewasa berketerampilan, tinggi jati diri, jitu pendirian, sakhsiah berkualiti, lantas berperanan positifkonstruktif dalam keluarga, masyarakat, dan negara, bahkan sebahagian telah terserlah ke tahap persada dunia. Anjakan ini amat berkait-rapat dengan sikap guru-guru, ibu bapa dan masyarakat
sekeliling yang mendorong khasnya pelajar-pelajar dengan cara memahami, menyayangi, dan menghargai kesungguhan mereka untuk berjaya di dalam pelajaran. Sesungguhnya paradigma ini boleh direalisasikan dengan ikhtiar dan tawakkal sebagai manusia ciptaan Allah SWT yang Maha Pemurah dan Penyayang. |
---|