Kreativiti pengajaran dan pembelajaran sejarah

Kemampuan seseorang guru dalam menyampaikan pengajarannya adalah bergantung kepada kreativiti yang dimiliki. Dengan adanya kreativiti atau kepelbagaian dalam teknik mengajar, sudah pasti dapat menarik perhatian para pelajar. Kreativiti adalah merupakan suatu bakat yang terpendam di dalam diri seseo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Agus, Ariegusrini, Salleh, Mohamad Johdi
Other Authors: Ahmad, Abdul Razaq
Format: Book Chapter
Language:English
Published: UKM and Universiti Riau Indonesia 2009
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/13292/
http://irep.iium.edu.my/13292/1/Chapter_-_Kreativiti_Pengajaran_%26_Pmbljaran_Sejarah_-_2009.pdf
Description
Summary:Kemampuan seseorang guru dalam menyampaikan pengajarannya adalah bergantung kepada kreativiti yang dimiliki. Dengan adanya kreativiti atau kepelbagaian dalam teknik mengajar, sudah pasti dapat menarik perhatian para pelajar. Kreativiti adalah merupakan suatu bakat yang terpendam di dalam diri seseorang manusia. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif serta pembentukan seorang insan yang kreatif, satu suasana yang selesa dan kondusif perlu disediakan. Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang kreatif dapat memupuk serta meningkatkan daya kreativiti para pelajarnya. Sebaliknya, seorang guru yang tegas dan tidak fleksibel akan membendung kecenderungan dalam pemikiran para pelajar. Maka, seseorang pendidik yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi pelajarpelajar. Guru-guru yang kreatif adalah merupakan seorang pendidik yang boleh menstrukturkan pengalaman-pengalaman pelajaran yang membolehkan perkembangan kreativiti di kalangan para pelajarnya. Mereka (guru kreatif) boleh menunjukkan kefleksibelan dalam cara pemilihan pendekatan-pendekatan, strategi pengajaran atau pedagogi dalam menjalankan peranan mereka