Komunikasi keluarga dan hubungannya dengan sikap optimis remaja
Perubahan sosial masa kini meningkatkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja. Dalam konteks ini, komunikasi keluarga memainkan peranan penting dalam usaha untuk membantu remaja menangani masalah yang timbul antara mereka dengan ibu bapa. Persoalannya, sejauhmanakah komunikasi keluarga dapat...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/15077/ http://irep.iium.edu.my/15077/ http://irep.iium.edu.my/15077/1/KOMUNIKASI_KELUARGA_DAN_HUBUNGANNYA_DENGAN_SIKAP_OPTIMIS_REMAJA_%28MENTION_UKM_2011%29%5B1%5D.pdf |
Summary: | Perubahan sosial masa kini meningkatkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja. Dalam konteks ini, komunikasi keluarga memainkan peranan penting dalam usaha untuk membantu remaja menangani masalah yang timbul antara mereka dengan ibu bapa. Persoalannya, sejauhmanakah komunikasi keluarga dapat membantu remaja menghadapi cabaran semasa? Apakah pola komunikasi keluarga yang digunakan bagi meningkatkan optimis dalam diri remaja? Selaras dengan itu, tujuan kajian ini adalah melihat perkaitan antara pola komunikasi keluarga dengan optimis remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 360 remaja bandar di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati pola komunikasi keluarga lebih berbentuk perbualan rendah dan keakuran tinggi. Remaja kajian ini juga mempunyai sikap optimis yang tinggi. Kajian ini memberi gambaran bahawa dalam melahirkan remaja yang cemerlang, ibu bapa dan remaja perlulah mewujudkan situasi komunikasi yang harmoni dan bahagia semasa berkomunikasi bagi membina hubungan dalam keluarga. |
---|