Usah samakan seperti Ikhwan Muslimin Mesir
PERGOLAKAN politik di negara Arab sepatutnya dikaji secara terperinci supaya suasana begini tidak wujud dalam negara ini. Kurang kefahaman terhadap konteks sosio-budaya, ekonomi dan politik dalam negara Arab yang diperintah oleh rejim sosialis dan diktator boleh menyebabkan golongan tertentu cuba me...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Utusan Melayu Malaysia Berhad
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/24399/ http://irep.iium.edu.my/24399/ http://irep.iium.edu.my/24399/1/Usah_samakan_seperti_Ikhwan_Muslimim_Mesir.mht |
Summary: | PERGOLAKAN politik di negara Arab sepatutnya dikaji secara terperinci supaya suasana begini tidak wujud dalam negara ini. Kurang kefahaman terhadap konteks sosio-budaya, ekonomi dan politik dalam negara Arab yang diperintah oleh rejim sosialis dan diktator boleh menyebabkan golongan tertentu cuba mengaburi mata masyarakat bahawa perjuangan politik mereka adalah sama dengan pergerakan Islam yang berpengaruh di negara-negara Arab.
Sistem politik, ekonomi dan sosial di negara-negara Islam yang diperintah oleh rejim yang berkiblat kepada negara Barat adalah terlalu jauh beza dengan Malaysia. Suasana yang wujud di negara Arab terutamanya di Mesir terlalu berbeza dengan negara ini.
Pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya merupakan agenda utama kerajaan kita setelah mendapat kemerdekaan. Sistem demokrasi berparlimen digariskan dengan prinsip Rukunegara dan sebagainya diperkembangkan dan diamalkan bagi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu, hormat menghormati dan saling memahami. Ini merupakan salah satu proses pembangunan masyarakat dan negara yang dilaksanakan oleh Malaysia.
|
---|