Kajian literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pelajar IPTA

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, persepsi dan amalan terhadap undang-undang pengguna dalam kalangan mahasiswa IPTA. Seramai 1000 orang responden dipilih secara persampelan rawak berlapis yang terdiri daripada mahasiswa UPM, UM, UIA, UiTM dan UKM. Tahap pengetahuan responde...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amin, Naemah, Abu Bakar, Elistina, Abdul Aziz, Azimon
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/25444/
http://irep.iium.edu.my/25444/1/KAJIAN_LITERASI_UNDANG-UNDANG_PENGGUNA_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_IPTA.pdf
http://irep.iium.edu.my/25444/4/Invitation_letter.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, persepsi dan amalan terhadap undang-undang pengguna dalam kalangan mahasiswa IPTA. Seramai 1000 orang responden dipilih secara persampelan rawak berlapis yang terdiri daripada mahasiswa UPM, UM, UIA, UiTM dan UKM. Tahap pengetahuan responden diukur dengan ketepatan jawapan kepada soalan-soalan asas undang-undang pengguna. Ini merangkumi pengetahuan berhubung hak-hak asasi, tanggungjawab pengguna, kerangka perundangan, pembekalan barang/perhidmatan, amalan perniagaan tidak adil dan mekanisme gantirugi. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa hanya 31.5% responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi manakala selebihnya sederhana (38.0%) dan rendah (26.3%). Dapatan juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara bidang kursus, IPT, latarbelakang persekolahan dan pengambilan subjek berkaitan kepenggunaan terhadap tahap pengetahuan responden berkaitan undang-undang pengguna. Hasil kajian ini adalah penting bagi merangka program-program kesedaran pengguna oleh pihak universiti, badan bukan kerjaan dan kerajaan bagi mendayaupayakan golongan mahasiswa untuk menjadi pengguna bijak dalam pasaran.