Keberkesanan program "Falsafah untuk Kanak-Kanak" terhadap kemahiran membaca dan berfikir kritis: kajian kes di sebuah sekolah rendah

Para sarjana Islam yang silam dan kotemporari, khususnya Jamaluddin al-Afghani dan S.H. Nasr, telah berhujah bahawa umat Islam mengalami kelemahan dalam membuat analisis yang baik terhadap isu-isu di sekitar mereka dan juga kurang kebijaksanaan. Kedua-dua sarjana ini menggesa agar subjek falsafah di...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Rosnani
Format: Article
Language:English
Published: Yayasan Takmir 2006
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/25982/
http://irep.iium.edu.my/25982/1/RH_Keberkesanan_Program_Falsafah_Utk_Kanak2.PDF
Description
Summary:Para sarjana Islam yang silam dan kotemporari, khususnya Jamaluddin al-Afghani dan S.H. Nasr, telah berhujah bahawa umat Islam mengalami kelemahan dalam membuat analisis yang baik terhadap isu-isu di sekitar mereka dan juga kurang kebijaksanaan. Kedua-dua sarjana ini menggesa agar subjek falsafah disemai semula dalam kurikulum pendidikan Islam. Bertitik tolak dari sini dan juga kejayaan dalam kemahiran berfikir kritis dan membaca yang dicapai oleh Amerika Syarikat dan Eropah menggunakan Program Falsafah untuk Kanak-Kanak, satu usaha mengkajinya secara eksperimental yang melibatkan dua kumpulan pelajar Tahun Enam di sebuah sekolah rendah telah dijalankan. Pelajar telah diajar menggunakan kaedah ini selama 3 bulan pada waktu pelajaran Bahasa Inggeris. Data kualitatif juga telah dihimpun untuk menguatkan lagi dapatan daripada data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan memperoleh skor pasca ujian yang lebih tinggi daripada skor pra ujian bagi kedua-dua kemahiran membaca dan berfikir tetapi perbezaan cuma signifikan bagi kumpulan berkebolehan tinggi.