Peranan guru besar, guru, dan, ibubapa mencapai objektif persekolahan sekolah rendah : perspektif ibu bapa
Kajian ini bertujuan membincangkan peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibu Bapa ke arah mencapai objektif Persekolahan Sekolah Rendah berdasarkan perspektif Ibu Bapa. Kajian dijalankan di negeri Johor, Negeri Sembilan, dan, Melaka. Seramai 223 responden mengandungi 132 orang bapa dan 91 orang ibu telah d...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/26877/ http://irep.iium.edu.my/26877/1/Full_Paper_-_MEDC_-_Peranan_GB_Guru_Ibubapa_Obj_SR_-_Perspektif_Ibubapa_-_MEDC_UTM_Johor.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan membincangkan peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibu Bapa ke arah mencapai objektif Persekolahan Sekolah Rendah berdasarkan perspektif Ibu Bapa. Kajian dijalankan di negeri Johor, Negeri Sembilan, dan, Melaka. Seramai 223 responden mengandungi 132 orang bapa dan 91 orang ibu telah dipilih secara convenient sampling sebagai responden yang tinggal berhampiran taman perumahan pengkaji-pengkaji. Taklimat ringkas telah diberikan kepada responden mengenai objektif kajian sebelum mereka mengisi borang kaji selidik yang diedarkan. Data respons dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences
(SPSS) Version 16.0 dan dibentangkan dalam min. Kajian menunjukkan respons dimensi ’Perkembangan Asas Kendiri Murid’ mendapat skor tertinggi terhadap peranan guru dengan min 4.450, dimensi ‘Pembinaan Minat dan Bakat Murid’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.212, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Rendah’ skor tertinggi adalah ke atas peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Menengah’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.336, dimensi ’Keagamaan dan Moral’ skor tertinggi kepada peranan ibubapa dengan min 4.530, dimensi ‘Persediaan Pekerjaan’ skor tertinggi kepada
peranan guru dengan min 4.352, dimensi ‘Sumbangan kepada Masyarakat’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.503. Jelaslah bahawa peranan guru dipandang amat tinggi oleh ibu bapa untuk mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Justeru, dapatan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada semua pihak yang terlibat dengan memperkasakan kualiti, kecemerlangan, dan, keterampilan komprehensif anak-anak sebagai pendokong dan pemimpin
negara akan datang khasnya dalam merealisasikan Wawasan 2020. |
---|