Kurikulum permata negara: asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun, edisi kedua

Mengikut Akta Pendidikan 1996: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Kurikulum bermaksud “satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsure kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkem...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Badzis, Mastura
Format: Book
Language:English
Published: Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri 2010
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/31757/
http://irep.iium.edu.my/31757/1/Kurikulum_Permata_Negara_1st_Edition_1.pdf
Description
Summary:Mengikut Akta Pendidikan 1996: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Kurikulum bermaksud “satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsure kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan memepertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”. Kurikulum PERMATA telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan seperti yang tersebut di dalam definisi di atas dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kurikulum PERMATA menyediakan garis panduan kepada pendidik dan pengurus TASKA atau Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), mengenai asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini mencakupi aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak, pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah asuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, dan mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa serta ahli keluarga dan masyarakat. Kurikulum PERMATA merangkumi asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur 0-4 tahun, manakala pendidikan prasekolah bermula pada umur 4-6 tahun.