Ulil amri sebagai pemangkin tamadun Islam: analisis ayat 59 surah al-Nisa

Ketaatan kepada ulil amri merupakan satu perintah dalam nas al-Quran. Kebaikan di sebalik ketaatan ini adalah agar sistem kehidupan manusia berlangsung dalam suasana harmoni. Keharmonian merupakan maqasid yang penting dalam menjaga agama, diri, harta dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masyarakat ha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Kadir, Mohammad Nidzam, Abdul Kadir, Muhd. Najib
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/33351/
http://irep.iium.edu.my/33351/
http://irep.iium.edu.my/33351/1/33351.pdf
Description
Summary:Ketaatan kepada ulil amri merupakan satu perintah dalam nas al-Quran. Kebaikan di sebalik ketaatan ini adalah agar sistem kehidupan manusia berlangsung dalam suasana harmoni. Keharmonian merupakan maqasid yang penting dalam menjaga agama, diri, harta dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masyarakat hari ini tidak lagi mempedulikan perintah al-Quran agar ulil amri ditaati. Kritikan tidak beradab, kutukan dan pemberontakan berlaku bagi melawan ulil amri. Akhirnya suasana tidak harmoni mula tergugat. Maka kajian tentang kewajipan perintah ini dan siapakah ulil amri pada zaman kini merupakan kajian yang penting. Terdapat pelbagai tafsiran di kalangan ulama yang menjelaskan maksud ulil amri. Namun tafsiran manakah yang sesuai dan releven untuk dunia kini. Kajian ini berusaha menjelaskan bahawa ulil amri adalah setiap pihak yang diberi kuasa atau pihak yang mempunyai kuasa dalam undang-undang. Ulil amri wajib ditaati dengan syarat yang khusus bukannya mutlak. Pendapat ini dilihat berdasarkan perspektif maqasid syariah yang menekankan aspek keamanan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat. Dengan ini, ketaatan kepada ulil amri akan membawa kepada ketamadunan umat.