Ikatan akidah tauhid asas penyatuan Ummah dan rekonstruksi peradaban wasatiyyah rantau Asean

Pendahuluan Berasaskan pandangan semesta tauhid, umat Islam nusantara didedahkan pelajaran agama Islam yang mempunyai kandungan doktrinal, peribadatan, perundangan dan hukum yang seragam dan bersandarkan theologi, epistemologi dan etika Sunni. Perintah Allah SWT berkaitan persaudaraan dan kerjasam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Mohd. Kamal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/47635/
http://irep.iium.edu.my/47635/1/47635.pdf
Description
Summary:Pendahuluan Berasaskan pandangan semesta tauhid, umat Islam nusantara didedahkan pelajaran agama Islam yang mempunyai kandungan doktrinal, peribadatan, perundangan dan hukum yang seragam dan bersandarkan theologi, epistemologi dan etika Sunni. Perintah Allah SWT berkaitan persaudaraan dan kerjasama antara umat Islam terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa juga disebar luaskan. Doktrin, prinsip dan perintah agama berkaitan kehidupan kemasyarakatan menjadi pokok bagi orangorang yang beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Konsep Ummah Wasat dan Khair Ummah, ialah: 1. Kepelbagaian kaum dan bangsa bertujuan untuk ta’aruf antara manusia dan bangsa, menuju kehidupan bersama dalam kemuliaan insan. Bukan ditentukan oleh warna kulit, pangkat, kekayaan atau kuasa, tetapi tahap ketakwaan kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya: نثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا ُ يُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأ َ يَٰٓأ تۡقَىكُٰمۚۡ إنَِّ ٱللََّه عَليِمٌ َ كۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَِّه أ َ وَقَبَائٓلَِ لَِتعَارَفُوٓۚا إنَِّ أ خَبِيرٞ ١٣ “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al-Hujurat 49:13)