Isu penyakit dalam pembubaran perkahwinan dari sudut pandangan nas syar'ie dan sains perubatan semasa: satu tinjauan literature
Al-Qur'an dan Hadith adalah antara nas Syar―ie yang menjadi sumber rujukan utama Islam dalam menafsirkan dan menentukan sesuatu hukum. Tidak terdapat dalam Al-Qur‖an ayatayat yang menceritakan dengan jelas mengenai kecacatan atau penyakit suami ataupun isteri yang membolehkan pembubaran perk...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/48889/ http://irep.iium.edu.my/48889/ http://irep.iium.edu.my/48889/1/48889.pdf |
Summary: | Al-Qur'an dan Hadith adalah antara nas Syar―ie yang menjadi sumber rujukan utama
Islam dalam menafsirkan dan menentukan sesuatu hukum. Tidak terdapat dalam Al-Qur‖an ayatayat
yang menceritakan dengan jelas mengenai kecacatan atau penyakit suami ataupun isteri yang
membolehkan pembubaran perkahwinan berlaku. Namun, terdapat beberapa Hadith yang menyebut
berkenaan keadaan ini yang melibatkan isu pembubaran perkahwinan. Tinjauan literatur ini akan
mengupas tafsiran Ulama‖ daripada Hadith-hadith yang menyebut tentang kecacatan atau penyakit
suami isteri, terutama dalam pemberian hak membubarkan perkahwinan kepada suami atau isteri.
Tinjauan ini akan melihat sejauh mana penafsiran Hadith tersebut dalam kajian-kaijan klasikal
berkenaan isu membenarkan fasakh kerana kecacatan atau penyakit, masih diterima dan relevan
dengan penemuan-penemuan penyakit baru yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan yang lebih
kritikal dari sudut perubatan. Para Ulama‖ telah menyimpulkan lima jenis kecacatan atau penyakit
iaitu gila, kusta, sopak, terpotong buah zakar dan impoten. Sementara itu, menurut kajian sains
perubatan semasa, terdapat banyak penyakit baru yang telah berjaya dikesan oleh ahli sains
perubatan melalui teknologi perubatan mereka yang menyebabkan kepada kecacatan suami atau
isteri. Dengan ini, kajian ini akan melihat bagaimana sesuatu hukum yang bersumberkan Hadithhadith
masih relevan dengan perubahan zaman dan masa. Ini adalah penting bagi membuktikan
bahawa Syariat Islam adalah bersifat dinamik dengan perubahan keadaan, suasana serta keperluan
hidup manusia. Kajian ini berbentuk kajian analisis berdasarkan sumber utama Islam iaitu AsSunnah,
serta perbincangan sekitarnya, dan kajian ahli sains perubatan sebagai satu tinjauan
literatur.
|
---|