Aplikasi kata pinjaman Arab dalam teks pembelajaran Dan kesannya terhadap penguasaan bahasa Arab

Kajian ini bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang diaplikasi dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai bahan pembelajaran utama di sekolah. Penggunaan kata pinjaman Arab mempunyai peranan dan perkaitan yang penting dalam pembelaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahman, Mohd. Zuhir, Yeob, Shamsul Jamili
Format: Article
Language:English
Published: Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/50023/
http://irep.iium.edu.my/50023/
http://irep.iium.edu.my/50023/1/aplikasi_kata_pinjaman_arab.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang diaplikasi dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai bahan pembelajaran utama di sekolah. Penggunaan kata pinjaman Arab mempunyai peranan dan perkaitan yang penting dalam pembelajaran dan penguasaan bahasa Arab pelajar khususnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah analisis kandungan bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dan kajian lapangan digunakan bertujuan untuk menganalisis kesan penggunaan kata pinjaman Arab terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar. Data analisis kandungan diambil daripada buku teks tingkatan tiga, manakala kajian lapangan melalui soal selidik yang dilaksanakan terhadap 50 orang guru sekolah menengah sebagai responden kajian. Kajian ini mengaplikasi prinsip “Pembentukan Kata Bahasa Melayu” oleh Asmah Haji Omar (1991) bagi mengenal pasti kata pinjaman Arab dalam buku teks Bahasa Arab. Berdasarkan prinsip ini, sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu terbentuk melalui kata pinjaman Arab. Kata pinjaman daripada bahasa Arab merupakan kumpulan yang terbesar dalam kata-kata yang dibawa dari luar alam Melayu. Dapatan kajian telah mengenal pasti satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang berasaskan kepada kata pinjaman Arab dalam usaha mempertingkatkan penguasaan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia