Ulasan Buku Shamsuddin Suhor, 2015, Isu dan undang-undang alam sekitar di Malaysia, 398 halaman, ISBN 978-983-46-1552-9

Undang-undang alam sekitar merupakan satu cabang perundangan yang agak baharu dan masih berkembang sehingga kini berbanding dengan undang-undang lain. Pada suatu ketika dahulu, undang-undang alam sekitar tidak wujud sebagai satu undang-undang yang khusus kerana skopnya yang sempit dan terhad. Na...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mustafa, Maizatun
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/51324/
http://irep.iium.edu.my/51324/
http://irep.iium.edu.my/51324/1/51324_Ulasan_Buku_Shamsuddin_Suhor%2C_2015.pdf
Description
Summary:Undang-undang alam sekitar merupakan satu cabang perundangan yang agak baharu dan masih berkembang sehingga kini berbanding dengan undang-undang lain. Pada suatu ketika dahulu, undang-undang alam sekitar tidak wujud sebagai satu undang-undang yang khusus kerana skopnya yang sempit dan terhad. Namun, setelah munculnya kesedaran tentang kepentingan melindungi alam sekitar dan ekosistem, serta biosfera sebagai satu sistem yang rapuh dan terdedah kepada kemusnahan disebabkan oleh perbuatan manusia, maka bermulalah inisiatif ke arah mewujudkan kerangka undang-undang pada peringkat nasional bagi melindungi udara, air, tanah, ekosistem, dan sebagainya. Sejak itu, perlindungan alam sekitar telah menjadi satu elemen penting dalam sistem undang-undang domestik pada kebanyakan negara di dunia. Pada hari ini, undang-undang alam sekitar telah menjadi satu undang-undang yang tersendiri dengan skop yang sangat luas merangkumi pelbagai aspek, termasuk pencemaran air, udara dan laut, perlindungan hidupan liar dan tumbuhan, pengurusan sumber semula jadi, perubahan iklim dan pembangunan mapan.