Siapakah ISIS?
Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan fenomena Da’esh ataupun lebih dikenali ramai sebagai ISIS ataupun ISIL dan IS. ISIS atau IS adalah rentetan daripada gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri daripada tiga organisasi jihad yang berbeza. Mereka adalah Ansar Al-Islam yang terdiri dar...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Chapter |
Language: | English |
Published: |
PTS Publishing House Sendirian Berhad
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/51737/ http://irep.iium.edu.my/51737/ http://irep.iium.edu.my/51737/1/51737_siapakah_ISIS.pdf |
Summary: | Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan fenomena Da’esh ataupun lebih dikenali ramai sebagai ISIS ataupun ISIL dan IS. ISIS atau IS adalah rentetan daripada gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri daripada tiga organisasi jihad yang berbeza. Mereka adalah Ansar Al-Islam yang terdiri daripada kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’
mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal. Kedua, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Jamaah At-Tawhid wa Al-Jihad di bawah pimpinan Abu Mus’ab Az-Zarqawi (nama asalnya: Ahmed Fadel Nazar Al-Khalayleh) yang berhijrah ke Iraq bagi elancarkan jihad memerangi pendudukan tentera AS ke atas bumi Iraq.
Akhir sekali, kumpulan mujahidin Al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan AS ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September2. Pada asalnya, Abu Mus’ab Az-Zarqawi tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Tanzim Al-Qaeda. Namun kerana karisma dan kepimpinannya, dia dilantik sebagai Amir kepada kumpulan-kumpulan itu. ..... |
---|