Ortodontik dan anda: buku maklumat pesakit

Rawatan ortodontik kini semakin popular. Gigi yang teratur dan senyuman yang manis dilihat sebagai salah satu daripada kunci ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Kami mendapati pesakit-pesakit umumnya tidak begitu memahami proses rawatan ortodontik. Pesakit lazimnya hanya mempunyai ga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Noraini, Tan, Lawrence
Format: Book
Language:English
Published: IIUM Press 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/51797/
http://irep.iium.edu.my/51797/1/51793_ortodontik.pdf
Description
Summary:Rawatan ortodontik kini semakin popular. Gigi yang teratur dan senyuman yang manis dilihat sebagai salah satu daripada kunci ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Kami mendapati pesakit-pesakit umumnya tidak begitu memahami proses rawatan ortodontik. Pesakit lazimnya hanya mempunyai gambaran hasil akhir rawatan, tetapi tidak menyedari akan langkah-langkah yang mesti dilalui semasa rawatan dan juga komitmen yang di perlukan untuk mendapat keputusan rawatan yang baik dan mengekalkan keputusan akhir rawatan yang di perolehi. Buku ini dihasilkan dengan tujuan utama untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada sesiapa yang menginginkan rawatan ortodontik. Fokus lain adalah untuk memaklumkan perkara-perkara yang perlu diketahui pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan. Kami juga berusaha untuk menerangkan mengenai faedah dan risiko rawatan, juga usaha dan komitmen yang diperlukan bagi mendapatkan hasil rawatan yang diidamkan. Kami berharap buku ini akan memberi manfaat kepada pembaca. Bagi mereka yang sedang berfikir atau merancang untuk menjalani rawatan, kami berharap setelah mengetahui segala fakta dan maklumat dari buku ini, anda akan dapat membuat keputusan yang bijak dan terbaik untuk kepentingan anda. Bagi pesakit yang sedang menerima rawatan pula, kami berharap anda mengetahui komitmen yang diperlukan daripada pihak anda. Semoga buku ini membawa kebaikan bagi semua.