Hukum fiqh berkaitan pasca transeksual
Umum mengetahui bahawa pengubahan jantina atau transeksual adalah diharamkan di dalam Islam bahkan ia dikategorikan sebagai dosa besar. Ini kerana sekiranya Islam melarang penyerupaan antara jantina yang berlainan maka pengubahan dari satu jantina kepada jantina yang lain lebih lagi dilarang. Huku...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Zes Rokman Resources
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/52379/ http://irep.iium.edu.my/52379/ http://irep.iium.edu.my/52379/1/52379_Hukum%20Fiqh.pdf |
Summary: | Umum mengetahui bahawa pengubahan jantina atau transeksual adalah diharamkan di dalam Islam bahkan ia
dikategorikan sebagai dosa besar. Ini kerana sekiranya Islam melarang penyerupaan antara jantina yang berlainan maka
pengubahan dari satu jantina kepada jantina yang lain lebih lagi dilarang. Hukum ini jika dilihat dari sudut Fiqh maka ia
adalah kerana maksud penipuan dan pengubahsuain ciptaan Allah yang terkandung dalam masalah ini. Dan jika ia
dilihat dari sudut Usul Fiqh maka ia adalah kerana pertentangan terhadap tujuan ( مقصد ) penciptaan manusia berbeza
jantina untuk saling melengkapi di samping menjadi sebab ujian ( ابتلاء ) dalam membezakan tingkatan manusia. Umum
membincangkan isu transeksual ini dari sisi pandang pra-situasi iaitu hukum melakukan pengubahan jantina bagi
mereka yang belum melakukannya kerana mengambil kira konsep pencegahan kemudaratan ( منع الضرر ). Kajian ini
menjurus kepada isu transeksual dari sisi pandang pasca-situasi iaitu hukum melakukan pengembalian semula jantina
bagi mereka yang telah mengubahnya dalam mengambil kira konsep penghilangan kemudaratan ( .(رفع الضرر
Transeksual adalah kemudaratan yang dicegah sekiranya belum berlaku dan dihilangkan sekiranya telah berlaku. Sejauh
manakah kewajipan melakukan pengubahan jantina untuk mengembalikan jantina asal bagi mereka yang telah sedar
dan kembali kepada ajaran Islam? Jika pengubahan jantina kali kedua ini wajib, apakah hukum-hukum fiqh yang
berkaitan dengannya? Jika pengubahan jantina kali kedua ini tidak wajib apakah pula hukum-hukum fiqh yang
berkaitan dengannya? Persoalan-persoalan ini menjadi asas permasalahan dalam kajian ini dengan memfokuskan
kepada pasca situasi transeksual dari aspek hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengan mengambil kira metodologi Usul
Fiqh dan pemeliharaan Maqasid Shariah. |
---|