Minoriti Muslim di China: peranan dan keterlibatan dalam pembinaan negara dan tamadun

Komuniti Muslim di China mempunyai sejarah yang panjang, iaitu seawal zaman Dinasti Tang pada 618 Tahun Masihi. Walaupun merupakan kelompok minoriti, mereka adalah warganegara yang mempunyai peranan tertentu dalam pembinaan negara dan tamadun. Sejarah mencatatkan bahawa komuniti Muslim di China turu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Haslina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/53524/
http://irep.iium.edu.my/53524/
http://irep.iium.edu.my/53524/1/53524_peranan%20dan%20keterlibatan.pdf
http://irep.iium.edu.my/53524/2/53524_tentative%20program.pdf
Description
Summary:Komuniti Muslim di China mempunyai sejarah yang panjang, iaitu seawal zaman Dinasti Tang pada 618 Tahun Masihi. Walaupun merupakan kelompok minoriti, mereka adalah warganegara yang mempunyai peranan tertentu dalam pembinaan negara dan tamadun. Sejarah mencatatkan bahawa komuniti Muslim di China turut berpartisipasi dalam isu-isu sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka mempunyai identiti yang tersendiri, tetapi dalam masa yang sama bersikap terbuka terhadap budaya tempatan yang tidak bertentangan dengan ajaran agama. Persoalannya, sebagai kelompok minoriti, bagaimanakah komuniti Muslim boleh berperanan dan menyumbang kepada pembinaan negara dan tamadun dalam konteks hari ini? Ini wajar dibincangkan memandangkan sindrom Islamofobia yang melanda dunia global dan munculnya aliran ekstrimisme dalam kalangan sebahagian Muslim. Apakah perhatian yang perlu diberikan oleh komuniti Muslim di negara ini agar sindrom dan aliran tersebut tidak menyusup masuk dan menggugat kelansungan hidup mereka dan keharmonian hidup masyarakat pelbagai etnik di China. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas persoalan-persoalan tersebut di samping mencadangkan beberapa prinsip asas Islam sebagai garis dasar utama dalam konteks hubungan sosial komuniti Muslim khususnya dengan rakyat tempatan dan umumnya dengan kerajaan. Perbandingan dengan komuniti minoriti Muslim di beberapa negara juga akan dilakukan bertujuan megambil contoh dan panduan yang boleh diteladani oleh komuniti Muslim di negara China.