Pembelajaran kosa kata Bahasa Arab di kalangan pelajar bukan penutur asli melalui pesanan segera: WhatsApp sebagai model

Kepesatan penggunaan telefon pintar pada masakini telah mempengaruhi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah bidang pendidikan. Pengaruh penggunaan pesanan mesej segera yang digunakan dalam pelbagai aplikasi turut mempunyai potensi yang boleh diteroka. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Nur Shuhadak, Sahrir, Muhammad Sabri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/53536/
http://irep.iium.edu.my/53536/
http://irep.iium.edu.my/53536/1/Home%20_%20International%20Conference%20on%20Islamic%20Education%20and%20Research%20%28ICIER2016%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/53536/2/ICIER2016.PM.Dr.Sabri.Whatsapp.pdf
http://irep.iium.edu.my/53536/15/53536_Pembelajaran%20Kosa%20Kata%20Bahasa%20Arab.pdf
Description
Summary:Kepesatan penggunaan telefon pintar pada masakini telah mempengaruhi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah bidang pendidikan. Pengaruh penggunaan pesanan mesej segera yang digunakan dalam pelbagai aplikasi turut mempunyai potensi yang boleh diteroka. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengetahui pencapaian pelajar dalam mempelajari kosa kata Bahasa Arab melalui pembelajaran menggunakan telefon pintar, iaitu melalui aplikasi WhatsApp. Kajian ini dijalankan ke atas para pelajar peringkat asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tidak pernah mempelajari Bahasa Arab di Pusat Bahasa dan Perkembangan Pre-Universiti (CELPAD), UIAM. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen di mana sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian bagi kedua-dua kumpulan meningkat,akan tetapi kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan berbanding kumpulan kawalan.