Amalan kutipan zakat rentas sempadan tanpa tauliah: satu penelitian awal

Kutipan zakat tanpa tauliah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan satu kesalahan seperti mana yang terkandung di dalam kebanykan enakmen/ akta jenayah Syariah yang ada di setiap negeri. Artikel ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal ke atas amalan kutipan yang dilakukan tanpa tauliah MAIN....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Ibrahim, Abdul Hamid, Mohamed Hadi
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/59759/
http://irep.iium.edu.my/59759/1/cib%20ibrahim.pdf
Description
Summary:Kutipan zakat tanpa tauliah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan satu kesalahan seperti mana yang terkandung di dalam kebanykan enakmen/ akta jenayah Syariah yang ada di setiap negeri. Artikel ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal ke atas amalan kutipan yang dilakukan tanpa tauliah MAIN. Tinjauan ini mendapati terdapat ketidakseragaman undang-undang di antara negari-negeri yang menyaksikan sesetengah negeri tidak mempunyai peruntukan tersebut. Tinjauan juga mendapati terdapat kes pendakwaan yang telah dibawa ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan mengutip zakat tanpa tauliah dan tertuduh juga telah disabitkan kesalahan. Ini menunjukkan segala kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah bukanlah suatu sangkaan atau spekulasi semata-mata tanpa kejadian yang benar-benar berlaku. Beberapa cadangan diberikan untuk memperkemaskan penguatkuasaan ke atas amalan kutipan zakat tanpa tauliah supaya wang zakat tidak 'tilis' dan jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab, sekaligus melindungi usaha MAIN untuk membantu para asnaf melalui pengagihan zakat yang menjadi bidang kuasa mereka.