Isu-isu dakwah dalam tafsir al-Qur’an al-karim
Kertas ini membincangkan isu dan pemikiran dakwah dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-Karim oleh al-Ustaz H. A. Halim Hasan, H. Zainal Arifin Abbas dan Abdur Rahim Haitami. Ia berusaha menyorot permasalahan dakwah yang dibahas dalam tafsir ini dengan memperincikan tema dan pandangan dakwah yang dilakark...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/61328/ http://irep.iium.edu.my/61328/ http://irep.iium.edu.my/61328/1/surathikmah017nazrah.pdf http://irep.iium.edu.my/61328/2/document.pdf |
Summary: | Kertas ini membincangkan isu dan pemikiran dakwah dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-Karim oleh al-Ustaz H. A. Halim Hasan, H. Zainal Arifin Abbas dan Abdur Rahim Haitami. Ia berusaha menyorot permasalahan dakwah yang dibahas dalam tafsir ini dengan memperincikan tema dan pandangan dakwah yang dilakarkan. Ini cuba dirungkai dengan merujuk kepada pemikiran tafsir klasik dan moden yang membahaskan tentang kerangka dan manhaj dakwah yang mendasar yang digarap dari kefahaman ayat-ayat dakwah dalam al-Quran. Objektif kajian adalah untuk meneliti isu-isu dakwah yang diangkat dalam Tafsir al-Qur’an al-Karim ini dan mengkaji manhaj dan kesimpulan yang ditarik dari perbincangan ayat dan fiqh dakwahnya. Metodologi kajian bersifat deskriptif dan analitis dengan menghuraikan pandangan pentafsir tentang asas dan idealisme dakwah dalam al-Qur’an. Hasil kajian mendapati kitab Tafsir al-Qur’an al-Karim ini memberi penekanan yang penting kepada perbahasan dakwah dalam al-Qur’an dengan menekankan kerangka asas tentang fiqh dan kefahamannya dan mengaitkan kepentingannya dalam menegakkan syiar Islam dan harakat dakwah di wilayah Sumatera, dan dalam masyarakat Islam Indonesia umumnya. |
---|