Gantirugi akibat pembatalan pertunangan: Menurut fiqh serta amalannya di Mahkamah Syariah

Perubahan pengamalan serta pemahaman masyarakat masa kini dalam melangsungkan majlis pertunangan memberikan kesan terhadap beberapa persoalan fiqh terutamanya apabila berlakunya pembatalan pertunangan. Telah menjadi kebiasaan pada masa sekarang acara pertunangan disambut dengan satu majlis rasmi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sitiris, Miszairi, Mohamad, Nurul 'Aridah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/63335/
http://irep.iium.edu.my/63335/
http://irep.iium.edu.my/63335/1/Miszairi%20%26%20Arifah%20Gantirugi%20pertunangan.pdf
Description
Summary:Perubahan pengamalan serta pemahaman masyarakat masa kini dalam melangsungkan majlis pertunangan memberikan kesan terhadap beberapa persoalan fiqh terutamanya apabila berlakunya pembatalan pertunangan. Telah menjadi kebiasaan pada masa sekarang acara pertunangan disambut dengan satu majlis rasmi yang memakan perbelanjaan yang besar disertai dengan pemberian hadiah yang berharga dan mewah. Persoalan timbul apabila pertunangan itu dibatalkan. Adakah hadiah pemberian pertunangan itu boleh minta dikembalikan? Adakah gantirugi perbelanjaan mengadakan majlis pertunangan boleh dituntut jika pihak lelaki membatalkan pertunangan? Adakah perbelanjaan lain yang mungkin dikeluarkan atau sebarang kerugian yang mungkin timbul sepanjang tempoh sebelum pertunangan itu dibatalkan boleh dituntut? Kajian ini cuba merungkai persoalan-persoalan akibat pembatalan pertunangan dari sudut fiqh dan pada masa yang sama menilai peruntukan-peruntukan yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan berkaitan perkara tersebut. Penulis juga membuat analisa berapa kes mahkamah Syariah berhubung tuntutan gantirugi akibat pembatalan pertunangan. Kajian ini mendapati bahawa para ulama mazhab berbeza pendapat tentang hukum meminta kembali hadiah atau pemberian yang diberikan pada majlis pertunangan. Walau bagaimanapun mereka bersepakat jika pemberian itu adalah sebahagian daripada mahar atau mas kahwin, ia boleh dituntut semula. Para ulama mazhab silam juga bersepakat bahawa tiada sebarang gantirugi boleh dituntut akibat pembatalan pertunangan. Ini berdasarkan takyif pertunangan (atau khitbah) adalah wa‘d gayr mulzim (atau janji yang tidak mesti disempurnakan/tidak mengikat) dan bukan suatu aqad (atau kontrak yang mengikat). Oleh kerana itu, semua pihak telah sedia maklum, jika pertunangan itu dibatalkan, tiada sebarang gantirugi boleh dituntut. Tuntutan terhadap sebarang kemudaratan tidak timbul memandangkan amalan pada masa silam pertunangan dilakukan secara senyap dan tidak dihebahkan sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Pandangan ulama semasa sepakat bahawa tiada sebarang tuntutan boleh dibuat terhadap pembatalan pertunangan itu sendiri. Walau bagaimanapun, mereka berbeza pandangan dalam menuntut kemudaratan yang timbul kesan daripada pembatalan tersebut. Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan memperuntukkan bahawa pihak yang membatalkan perkahwinan tidak dibenarkan meminta semula hadiah pertunangan diberi kecuali dengan syarat pembatalan tersebut dilakukan dengan sebab yang sah, sebaliknya pihak yang ingin mengekalkan ikatan dibenarkan meminta semula hadiah yang diberikan pada majlis pertunangan. Undang-undang juga membenarkan tuntutan gantirugi terhadap sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan persediaan mengadakan majlis perkahwinan atau walimah. Mana kala kerugian selain daripada tujuan tersebut adalah tidak dibenarkan untuk dituntut. Penulis berpendapat bahawa peruntukan undang-undang yang mengatakan “dengan sebab yang sah” perlu diperjelaskan. Penghadan menuntut gantirugi kepada perbelanjaan berkaitan persediaan perkahwinan wajar diperluaskan bagi menegakkan keadilan.