Tarif galakan bagi pembangunan tenaga boleh baharu di Malaysia: Suatu kajian perundangan tenaga baharu

Sasaran kerajaan sebanyak lima peratus sumber tenaga negara daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) pada tahun 2015 masih belum tercapai walaupun Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) digubal sebagai suatu usaha meningkatkan penjanaan TBB dengan menyediakan mekanisme tarif galakan. Artikel ini bertuju...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ghazali, Farahdilah, Mustafa, Maizatun, Wan Zahari, Wan Mohd Zulhafiz
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/65267/
http://irep.iium.edu.my/65267/
http://irep.iium.edu.my/65267/1/Tarif-Galakan-10-Julai.pdf
Description
Summary:Sasaran kerajaan sebanyak lima peratus sumber tenaga negara daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) pada tahun 2015 masih belum tercapai walaupun Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) digubal sebagai suatu usaha meningkatkan penjanaan TBB dengan menyediakan mekanisme tarif galakan. Artikel ini bertujuan mengenal pasti dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan tarif galakan, serta skop undang-undang yang diguna pakai untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber TBB di Malaysia. Menerusi pendekatan black-letter dan kaedah perbandingan dengan menganalisis undang-undang dan polisi yang berkaitan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tarif galakan berjaya mewujudkan pasaran TBB bagi penjanaan tenaga elektrik di pelbagai negara. Walaubagaimanapun, kebergantungan terhadap tarif galakan tidak menjamin kelestarian sumber tenaga di negara ini dan kepelbagaian instrumen perundangan penting untuk menggalakkan pertumbuhan TBB dalam jangka masa panjang.