Sains tabi‘i dari pandangan semesta Al-qur’an: suatu paradigma penting & perlu

Penerangan ini memberi perincian ringkas tentang beberapa rasional bagi pemaduan (integrasi) sains secara Islami yang sebenar. Ianya membentangkan sebuah paradigma pemaduan Islami untuk sains tabi’i, berasaskan (i) konsep “Ūlū al-Albāb” al-Qur’an, serta (ii) ulasan al-Ghazali mengenai “Qalb” dan “T...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Nur Jannah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/68230/
http://irep.iium.edu.my/68230/1/surat%20jemputan%20penceramah%20MTT-%20Dr%20Jannah.pdf
http://irep.iium.edu.my/68230/2/NJH_NSWVQ_IKRAM-MUSLEH_Daurah2018.pdf
Description
Summary:Penerangan ini memberi perincian ringkas tentang beberapa rasional bagi pemaduan (integrasi) sains secara Islami yang sebenar. Ianya membentangkan sebuah paradigma pemaduan Islami untuk sains tabi’i, berasaskan (i) konsep “Ūlū al-Albāb” al-Qur’an, serta (ii) ulasan al-Ghazali mengenai “Qalb” dan “Tazkiyah”, dan apakah impak mereka ke atas tarbiah dan pembinaan syahsiah Islamiah yang seharusnya berlangsung di dalam proses-proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Kerangka paradigma ini terbina di atas tiga tiang seri, iaitu hubungan tiga hala manusia: “habl min Allah” (dengan Allah), “habl min al-nas” (dengan diri dan kemanusiaan) dan habl min al-kawn (dengan alam semesta). Paradigma ini berasaskan tiga lapisan proses, iaitu (i) kenalpasti elemen-elemen yang bercanggah dengan pandangan semesta al-Qur’an, yang menjadi kayu ukur (al-Furqan) terhadap beberapa aspek sains konvensional yang (ii) perlu menjalanani proses tazkiyah yang merangkumi eliminasi atau, penataan arah, pentafsiran dan orientasi semula yang menyeluruh, dan (iii) pengukuhan dan penambahbaikan.