Pendekatan Nabi Lut dan Sunnah dalam berinteraksi dengan golongan LGBT: satu analisis wacana
Gejala LGBT merupakan sebahagian daripada wabak yang melanda dunia sejak zaman Nabi Lut a.s sehinggalah ke hari ini. Ia merupakan masalah global yang perlu ditangani dengan serius. Pendekatan yang diambil oleh Nabi Lut ketika berhadapan dengan kaumnya dan cara interaksi Nabi Muhammad s.a.w dengan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/68857/ http://irep.iium.edu.my/68857/ http://irep.iium.edu.my/68857/1/68857_Pendekatan%20Nabi%20Lut%20Dan%20Sunnah.pdf |
Summary: | Gejala LGBT merupakan sebahagian daripada wabak yang melanda dunia sejak zaman Nabi Lut a.s sehinggalah ke hari ini.
Ia merupakan masalah global yang perlu ditangani dengan serius. Pendekatan yang diambil oleh Nabi Lut ketika berhadapan
dengan kaumnya dan cara interaksi Nabi Muhammad s.a.w dengan golongan ini memberikan panduan untuk membendung
gejala ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis teks dari al-Quran dan hadis bagi memahami pendekatan dan
konteks perbincangan isu ini. Analisis wacana melalui teknik analisis kandungan dan tematik digunakanuntuk mencapai
objektif kajian. Analisis ini kemudiannya dibincangkan melalui tema-tema yang dikeluarkan melalui teks-teks yang dikaji.
Selepas dianalisis, pengkaji mendapati teks-teks al-Quran yang berkaitan dengan isu LGBT menunjukkan ketegasan Nabi Lut
a.s. Perkataan ‘fahisyah’ dan ‘khabith’ menunjukkan perbuatan ini adalah berat dan serius dan perlu ditangani dengan bijak.
Hadis-hadis sahih pula menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w membendung wabak ini melalui pencegahan sebelum
ia mula berjangkit. Perkataan ‘laknat’ yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah salah satu bentuk pencegahan
yang dilakukan oleh baginda. Kajian ini membuka ruang untuk memahami isu LGBT melalui analisis yang mendalam dari
sudut kandungan dan bahasa. |
---|