Konsep sastera Islam oleh Kemala dan al-Nadwi: satu perbandingan (the concept of Islamic literature by Kemala and al-Nadwi: a comparative study)

Artikel ini membincangkan takrifan, pandangan dan konsep sastera Islam menurut Kemala dan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Kedua-dua tokoh tersebut mewakili dunia kesusasteraan Melayu dan Arab. Kemala merupakan seorang penyair yang banyak menceritakan tentang kehidupan rakyat bawahan seperti petani, nelay...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Amal ‘Aqilah, Ahmad Safian, Nursafira
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/70103/
http://irep.iium.edu.my/70103/13/ICPR%202018%20AMAL.pdf
http://irep.iium.edu.my/70103/2/Slide%20Amal_final.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan takrifan, pandangan dan konsep sastera Islam menurut Kemala dan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Kedua-dua tokoh tersebut mewakili dunia kesusasteraan Melayu dan Arab. Kemala merupakan seorang penyair yang banyak menceritakan tentang kehidupan rakyat bawahan seperti petani, nelayan dan kaum buruh. Selain itu beliau turut menulis karya-karya yang berkonsepkan sufi dan kerohanian, manakala al-Nadwi pula merupakan seorang murabbi, pendakwah, pemikir Islam dan sasterawan yang ulung. Artikel ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan di antara pandangan Kemala dan al-Nadwi dalam menterjemahkan konsep sastera Islam yang sebenar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Perbandingan difokuskan terhadap pemikiran Kemala dan al-Nadwi tentang konsep sastera Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Sastera Islam menurut Kemala dan al-Nadwi diasaskan oleh dua tunjang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, yang merupakan asas akidah Islamiah yang jitu. Kedua-dua tokoh berkenaan turut bersetuju bahawa sastera merupakan antara medium dakwah yang perlu ditunjangi dengan ilmu dan pemikiran kritis.