Konsep sastera Islam oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman El-Muhammady: satu perbandingan (The concept of Islamic Literature by Muhammad Qutb and Muhammad Uthman El-Muhammady: a Comparative study)

Persoalan tentang gagasan sastera Islam di dunia Arab telah dimulakan oleh beberapa tokoh ilmuan, antaranya Muhammad Qutb. Perbahasan Muhammad Qutb ini secara tidak langsung telah tempias ke dunia Islam, termasuk di Malaysia. Antara ulama Malaysia yang menyahut seruan Muhammad Qutb dalam membincangk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof, Asma’, Ahmad Safian, Nursafira
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/70107/
http://irep.iium.edu.my/70107/14/ICPR%202018%20ASMA.pdf
http://irep.iium.edu.my/70107/2/Slide%20Asma_final.pdf
Description
Summary:Persoalan tentang gagasan sastera Islam di dunia Arab telah dimulakan oleh beberapa tokoh ilmuan, antaranya Muhammad Qutb. Perbahasan Muhammad Qutb ini secara tidak langsung telah tempias ke dunia Islam, termasuk di Malaysia. Antara ulama Malaysia yang menyahut seruan Muhammad Qutb dalam membincangkan persoalan ini ialah Muhammad Uthman el-Muhammady melalui “Gagasan Sastera Melayu Islami”. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan membincangkan konsep dan gagasan sastera Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman el-Muhammady. Selain itu, objektif artikel ini untuk melihat perbandingan idea sastera Islam antara kedua-dua tokoh. Reka bentuk kajian ini ialah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Perbandingan difokuskan terhadap pemikiran Muhammad Qutb dan Muhammad Uthman el-Muhammady tentang konsep sastera Islam. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua tokoh berusaha untuk menjelaskan konsep dan gagasan sastera Islam berdasarkan perspektif dan kepakaran masing-masing. Walaupun berasal daripada dunia yang berbeza, kedua-dua tokoh secara umumnya bersetuju rujukan sastera Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, wujud titik pertembungan antara kedua-dua tokoh berkenaan lantaran beberapa faktor.