Healthcare practitioners’ views of postnatal depression: a qualitative synthesis = Persepsi kakitangan kesihatan terhadap kemurungan selepas bersalin: sintesis kualitatif
The World Health Organisation recommends healthcare practitioners to equip themselves with appropriate skills to assess the psychological distress in women attending the antenatal and postnatal healthcare. Nevertheless, little is known about the healthcare practitioners’ perceptions of postnatal dep...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/70353/ http://irep.iium.edu.my/70353/ http://irep.iium.edu.my/70353/ http://irep.iium.edu.my/70353/1/25048-92205-1-PB.pdf |
Summary: | The World Health Organisation recommends healthcare practitioners to equip themselves with appropriate skills to assess the psychological distress in women attending the antenatal and postnatal healthcare. Nevertheless, little is known about the healthcare practitioners’ perceptions of postnatal depression and its management. The aims of this review were: (1) to explore the experiences of healthcare practitioners in caring for women with postnatal depression in different countries and (2) to identify any qualitative study conducted in Malaysia regarding the healthcare practitioners’
perceptions of postnatal depression. To achieve these objectives, a qualitative synthesis of studies reporting the healthcare practitioners’ experience of managing women with postnatal depression was conducted. A search in CINAHL, PubMed, MEDLINE, PsycINFO and ASSIA databases was performed using specific keywords and published peer-reviewed articles from 2006 to 2016 were screened for inclusion criteria. A total of 15 relevant studies were identified and reviewed. The studies included were conducted in eight different countries: America, Australia, United Kingdom, Brazil, Canada, Greek, Mexico and Slovenia. No study conducted in Malaysia was found. This review suggestedthat the experiences of managing women with postnatal depression were relatively similar among the healthcare professionals in different countries. The main limitations reported by the healthcare practitioners were the lack of resources on maternal mental health and the absence of policy regarding the management of postnatal depression. Further research should investigate how Malaysian healthcare practitioners perceive postnatal depression and their roles in its management to provide more insights into the current clinical practice in Malaysia for postnatal depression.
***********************************************************************************************************************************************************
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan kakitangan kesihatan untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran
yang sesuai untuk menilai gangguan psikologi pada wanita yang datang untuk pemeriksaan antenatal dan selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui tentang persepsi kakitangan kesihatan terhadap kemurungan selepas
bersalin dan pengurusannya. Tujuan kajian ini adalah: (1) untuk mengetahui pengalaman kakitangan kesihatan dalam
menjaga wanita dengan kemurungan selepas bersalin di pelbagai negara yang berlainan dan (2) untuk mengenal pasti
sebarang kajian kualitatif yang dijalankan di Malaysia mengenai persepsi kakitangan kesihatan terhadap kemurungan
selepas bersalin. Untuk mencapai matlamat ini, sintesis kualitatif telah dilakukan ke atas kajian-kajian yang berkaitan
dengan pengalaman kakitangan kesihatan menguruskan wanita dengan kemurungan selepas bersalin. Carian dalam
pangkalan data CINAHL, PubMed, MEDLINE, PsycINFO dan ASSIA yang dilakukan menggunakan kata kunci tertentu dan
artikel-artikel yang diterbitkan dari tahun 2006 hingga 2016 telah disaring untuk kriteria kemasukan. Sebanyak 15
kajian yang berkaitan telah dikenal pasti dan diteliti. Kajian-kajian tersebut telah dijalankan di lapan negara: Amerika,
Australia, United Kingdom, Brazil, Kanada, Yunani, Mexico, dan Slovenia. Tiada kajian yang dijalankan di Malaysia.
Kajian ini mencadangkan bahawa kakitangan kesihatan mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama dalam
menguruskan wanita dengan kemurungan selepas bersalin, walaupun di negara yang berbeza. Halangan utama yang
dilaporkan oleh kakitangan kesihatan adalah kekurangan sumber berkaitan kesihatan mental ibu dan ketiadaan dasar
mengenai pengurusan kemurungan selepas bersalin. Penyelidikan lanjut perlu dilakukan untuk mengkaji bagaimana
kakitangan kesihatan di Malaysia memahami kemurungan selepas bersalin dan bagaimana mereka memahami peranan
mereka dalam pengurusannya untuk memberikan gambaran lebih jelas mengenai amalan semasa di Malaysia.. |
---|