Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri

Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam menguasai bahasa Arab, terutama bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pelajar perlu diberi latihan menulis yang berterusan melalui modul pembelajaran yang sesuai. Namun begitu, modul pembelajaran kemahiran menulis yang berasask...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Sumaiyah, Mustapha, Nik Farhan, Toklubok, Pabiyah, Wan Sulung, Wan Muhammad, Mustapha, Nik Hanan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/70749/
http://irep.iium.edu.my/70749/1/70749_Analisis%20keperluan%20terhadap%20pengguna%20sasaran%20modul_complete.pdf
Description
Summary:Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam menguasai bahasa Arab, terutama bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pelajar perlu diberi latihan menulis yang berterusan melalui modul pembelajaran yang sesuai. Namun begitu, modul pembelajaran kemahiran menulis yang berasaskan regulasi kendiri masih kurang dalam pembelajaran bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Oleh itu keperluan membangunkan modul yang bersesuaian untuk tujuan tersebut adalah penting. Penyelidikan mengenai pembangunan modul memerlukan analisis keperluan dijalankan untuk memastikan produk dicipta dapat memenuhi keperluan pengguna. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan dan spesifikasi modul sebagai langkah pertama untuk membina bahan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri di Institut Pendidikan Guru (IPG). Responden kajian terdiri dari 5 orang pensyarah bahasa Arab dan 6 orang pelajar pengkhususan bahasa Arab yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data kualitatif diperolehi melalui temu bual separuh berstruktur. Analisis temu bual pensyarah dan pelajar menemui empat elemen utama iaitu elemen bahasa, tema, strategi pembelajaran kendiri dan aktiviti. Turut diperolehi keperluan modul menulis bahasa Arab. Kajian ini dapat menjadi panduan awal bagi mereka bentuk dan membangunkan modul dalam fasa seterusnya.