Keciciran vaksin: apa yang ibu bapa perlu tahu
Program Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan sejak tahun 1956 lagi. Sejak itu, program ini berjaya menurunkan kadar kejadian penyakit cegahan vaksin seperti difteria, batuk kering, polio dan batuk kokol. Keberkesanan program imunisasi ini telah menyebabkan aktiviti pemberian vaksinasi cacar a...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Malaysian Medical Gazette
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71087/ http://irep.iium.edu.my/71087/ http://irep.iium.edu.my/71087/3/71087%20Keciciran%20Vaksin_Ibu%20bapa.pdf |
Summary: | Program Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan sejak tahun 1956 lagi. Sejak itu, program ini berjaya menurunkan kadar kejadian penyakit cegahan vaksin seperti difteria, batuk kering, polio dan batuk kokol.
Keberkesanan program imunisasi ini telah menyebabkan aktiviti pemberian vaksinasi cacar air dapat diberhentikan pada tahun 1980 berikutan pembasmian sedunia penyakit ini. Pada 29 Oktober 2000 pula, Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada penyakit Poliomyelitis.
Namun begitu, kes penolakan vaksin masih berlaku dan semakin bertambah dari tahun ke tahun. Penolakan vaksin ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan anak tersebut, malah akan menyebabkan imuniti berkelompok sesuatu komuniti itu akan terganggu.
Ada banyak andaian yang kurang tepat yang berlegar-legar dalam masyarakat tentang program imunisasi atau vaksinasi ini. Antara salah tanggapan ibu bapa terhadap program vaksinasi ini ialah:
Anak mereka boleh mendapat autism jika divaksin
Pemberian pelbagai vaksin boleh menyebabkan kecelaruan sistem imun dalam tubuh.
Vaksin tidak diperlukan pada masakini kerana penyakit cegahan vaksin sudah tidak kedengaran dan dapat dibasmi.
Status kehalalan vaksin
Kekhuatiran terhadap kesan sampingan vaksin
Amalan perubatan tradisional dan/atau homeopati sudah mencukupi untuk menghidari penyakit cegahan vaksin |
---|