Buku aktiviti kisah zidni Sebagai terapi seni dalam membantu murid-murid pendidikan khas

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan di dalam diri mereka. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran murid-murid ini perlu menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (yasmin, 20...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nazir, Faridah
Format: Article
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/71109/
http://irep.iium.edu.my/71109/1/Jurnal%20Melewar%202018.pdf
Description
Summary:Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan di dalam diri mereka. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran murid-murid ini perlu menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (yasmin, 2000; Khatijah & Yasmin 2006). Murid-murid berkeperluan khas juga mempunyai pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi. Maka, guru-guru perlu mengamalkan aktiviti terapi ketika proses pengajaran di dalam atau luar kelas dalam usaha membantu murid-murid ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terapi seni melalui aktiviti mewarna bole meningkatkan tumpuan, minat dan mengurangkan stres murid-murid pendidikan khas. Murid-murid pendidikan khas yang dipilih sebagai peserta kajian adalah seramai dua orang, iaitu yang bermasalah pendengaran, dan yang bermasalh pembelajaran, iaitu lembam. Kedua-dua orang murid ini pada kebiasaanya, lambat menyiapkan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Manakala, murid yang lembam pula mempunyai penguasaan belajar yang lemah. Akan tetapi, dapatan kajian mendapati bahawa, murid-murid ini amat berminat dengan Buku aktiviti mewarna Kisah Zidni. Mereka telah memberi tumpuan sepenuhnya semasa aktiviti mewarna dijalankan oleh pengkaji sehingga berjaya menyiapkan tugasan mewarna didalam buku aktiviti tersebut dengan amat baik.