Panduan proses pengauditan MS ISO 9001 di Institut Pendidikan Guru
Buku Panduan Proses Pengauditan MS ISO 9001 di lnstitut Pendidikan Guru memfokuskan proses pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berdasarkan standard MS ISO 9001 di lnstitut Pendidikan Guru (IPG) dan lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Buku ini mengandungi tujuh bab yang menghuraikan...
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book |
Language: | Malay |
Published: |
Sasbadi Sdn. Bhd.
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71464/ http://irep.iium.edu.my/71464/1/Panduan%20Proses%20Pengauditan%208640-71464.pdf |
Summary: | Buku Panduan Proses Pengauditan MS ISO 9001 di lnstitut Pendidikan Guru
memfokuskan proses pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berdasarkan
standard MS ISO 9001 di lnstitut Pendidikan Guru (IPG) dan lnstitut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Buku ini mengandungi tujuh bab yang menghuraikan MS ISO,
standard MS ISO 9001 versi 2008, dan proses pengauditan secara sistematik dari
awal hingga akhir. Buku ini juga memberikan panduan kepada juruaudit untuk
menjalankan audit dalaman secara sistematik bagi menambah baik sistem
pengurusan sesebuah organisasi. Selain itu, buku ini dapat membantu menyelesaikan
kekangan dan masalah yang dihadapi oleh juruaudit dalaman yang kurang
pemahaman tentang MS ISO, kurang pengalaman serta pengetahuan dalam proses
pengauditan, dan kurang keyakinan diri semasa proses pengauditan. Buku ini turut
memberikan panduan dan menerangkan langkah untuk mengatasi kelemahan
juruaudit agar audit dalaman yang dilaksanakan membawa penambahbaikan dan
peningkatan dalam SPK.
Kumpulan sasar - Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh juruaudit dalaman MS ISO
di lnstitut Pendidikan Guru (IPG) dan lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM);
pemegang dan penggerak prosedur kualiti di IPG dan IPGM. Buku ini juga boleh
menjadi panduan kepada guru-guru sekolah dan pegawai-pegawai dari organisasi
yang melaksanakan SPK berdasarkan MS ISO 9001.
Kekuatan buku - Kandungan buku ini amat membantu juruaduit dalaman MS ISO
9001 di IPG dan IPGM serta di sekolah; pemegang dan penggerak Prosedur Kualiti
di IPG dan IPGM serta pihak pengurusan tertinggi organisasi yang melaksanakan
SPK berdasarkan MS ISO 9001. Buku ini membantu meningkalkan kualiti
pengurusan di IPG dan IPGM serta mana-mana organisasi yang terlibat. |
---|