Bermaruah seperti anak Nabi Yaakub a. s.
BUKAN salah si Ruwaybil, Yahuza atau Syam'un pun. Penahanan Bunyamin di Mesir dalam lawatan mereka kali kedua itu sudah menjadi takdir Allah. Mereka sudah merancang rapi untuk menjaga keselamatan Bunyamin sebagaimana janji kepada ayah mereka iaitu nabi Yaakub a.s., namun apakan daya Allah mahuk...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Utusan Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71582/ http://irep.iium.edu.my/71582/ http://irep.iium.edu.my/71582/1/71582_Bermaruah%20seperti%20anak%20Nabi%20Yaakub%20a.s..pdf |
Summary: | BUKAN salah si Ruwaybil, Yahuza atau Syam'un pun. Penahanan Bunyamin di Mesir dalam lawatan mereka kali kedua itu sudah menjadi takdir Allah. Mereka sudah merancang rapi untuk menjaga keselamatan Bunyamin sebagaimana janji kepada ayah mereka iaitu nabi Yaakub a.s., namun apakan daya Allah mahukan perkara lain berlaku:
Firman Allah ertinya: “Bapa mereka (Nabi Yaakub) berkata: “Aku tidak sesekali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh”. Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, dia berkata: “Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu.” (Yusuf 12:66).
Para ulama tafsir berselisih pendapat tentang siapa nama anak Nabi Yaakub antara Ruwaybil, Yahuza atau Syam’un. Walau bagaimanapun, antara mereka ada yang paling bijaksana dan didengar cakapnya sebagai ‘ketua’. (Tafsir al-Tabari, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Razi)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/agama/bermaruah-seperti-anak-nabi-yaakub-a-s-1.834864#ixzz5klnEVpSi
© Utusan Melayu (M) Bhd |
---|