Kajian perancangan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembentukan budaya keIslaman dalam masyarakat (Kajian kes : Pusat Bandar Seremban) / A. Azmi Ahmad
Kajian akhir ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan 'Kajian Perancangan Dan Fungsi Masjid Sebagai Pusat Keagamaan Dan Pembentukan Budaya KeIslaman Dalam Masyarakat'. Pemilihan tajuk ini adalah kerana memandangkan kedudukan masjid masa kini terutamanya di kawasan bandar adal...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1088/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1088/1/PPd_A.AZMI%20AHMAD%20AP%2098_5%20P01.pdf |
Summary: | Kajian akhir ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan 'Kajian
Perancangan Dan Fungsi Masjid Sebagai Pusat Keagamaan Dan Pembentukan
Budaya KeIslaman Dalam Masyarakat'. Pemilihan tajuk ini adalah kerana
memandangkan kedudukan masjid masa kini terutamanya di kawasan bandar adalah
semakin di jauhi oleh segelintir masyarakat. Pembejatan masalah sosial yang semakin
meruncing di dalam masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Bandar Seremban
khususnya terutama yang melibatkan golongan-golongan remaja dan belia amnya
sama ada yang menetap di bandar atau di luar bandar telah membuka ruang di dalam
memilih kajian keadaan masjid masa kini. Peranan dan fungsi institusi masjid yang
suatu ketika dahulu memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat telah
berubah kepada hanya sebagai tempat beribadat dan upacara-upacara keagamaan
sahaja. Peranan dan fungsi yang pernah dijalankan oleh institusi masjid ketika zaman
keagungan Islam terutamanya ketika zaman Rasulullah s.a.w. adalah sebagai landasan
di dalam mengkaji keadaan masjid di masa tersebut serta perbandingannya dengan
fungsi dan peranan masjid masa kini. Peranan para perancang bandar di dalam
mengembalikan era kegemilangan institusi masjid adalah sebagai satu cabaran yang
harus dipikul bersama agar masalah-masalah sosial di dalam masyarakat dapat di
bendung. Dengan menjadikan Agama Islam Ad-Din sebagai pegangan yang mutlak di
dalam kehidupan 'insyaAllah'; Wawasan 2020 yang menjadi matlamat utama negara
dengan izin Allah s.w.t akan tercapai. Akhir sekali adalah diharapkan agar kajian ini
dapat dijadikan sebagai satu garis panduan di dalam merancang dasar-dasar
perancangan dan pembangunan masjid agar perkembangan dan kemajuan yang akan
dicapai tidak tersimpang dari hukum-hukum yang telah syaiatkan oleh Allah
s.w.t.kepada umat manusia. |
---|