Penginapan kadar kos sederhana untuk pelancong tempatan / A. Lokman Abdul Ghani
Sektor pelancongan merupakan sumber tukaran wang asing yang penting kepada negara. Dengan meningkatnya taraf hidup dan waktu yang terluang untuk beristirehat di kalangan penduduk, kegiatan pelancongan turut bertambah. Pertambahan ini meningkatkan permintaan terhadap kemudahan penginapan iaitu aspek...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
1994
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1090/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1090/1/TB_A.%20LOKMAN%20ABD.%20GHANI%20AP%2094_5%20P01.pdf |
Summary: | Sektor pelancongan merupakan sumber tukaran wang asing yang penting kepada negara. Dengan meningkatnya taraf hidup dan waktu yang terluang untuk beristirehat di kalangan penduduk, kegiatan pelancongan turut bertambah. Pertambahan ini meningkatkan permintaan terhadap kemudahan penginapan iaitu aspek penting dalam pelancongan. Arah aliran penyediaan kemudahan penginapan di masa lalu lebih cenderung kepada pelancong antarabangsa di mana pelancong tempatan kurang diberikan perhatian. Memandangkan Kerajaan kini menggalakkan pelancongan tempatan, penawaran penginapan perlu disesuaikan dengan permintaan pelancong tempatan. Penginapan kadar kos sederhana dapat memenuhi permintaan ini. Kajian ini akan menentukan garispanduan pembangunan dan piwaian perancangan penginapan kadar kos sederhana memandangkan imej, kemudahan dan perkhidmatan sedia ada perlu diperbaiki untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan. Disamping itu tiada garispanduan dan piwaian yang khusus untuk penginapan jenis ini. Melalui cadangan yang dikemukakan, diharapkan pembangunan penginapan kadar kos sederhana akan dapat diperkembangkan dan menjadi pilihan utama penginapan pelancong terutamanya pelancong tempatan. |
---|