Setinggan : Masalah dan pemilihan rumah dalam proses penempatan semula / Abdul Ghaffar Yusop … [et al.]

Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk meninggikan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Diantara berbagai-bagai usaha kerajaan itu adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleb golongan ini , untuk menuju matlamat setiap keluarga akan memiliki sebuah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yusop, Abdul Ghaffar, Jamaludin, Azman, Hamzah, Che Leman, Mohd Hashim, Ismail, Mohd Abdullah, Md Razali, Tahir, Mohd Yusof
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Administrative Science and Policy Studies 1988
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1114/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1114/1/PPd_ABDUL%20GHAFFAR%20YUSOP%20AM%2088_5%20P01.pdf
Description
Summary:Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk meninggikan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Diantara berbagai-bagai usaha kerajaan itu adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleb golongan ini , untuk menuju matlamat setiap keluarga akan memiliki sebuah rumah. Kawasan setinggan adalah merupakan kawasan perumahan yang tidak teratur . Rumah-rumah yang didirikan tidak tersusun dan tidak terdapat segala kemudahan infrastruktur atau pun terlalu sedikit. Biasanya kawasan setinggan adalah berhampiran dengan bandar-bandar besar . Kerajaan menghadapi masalah yang agak besar mengenai setinggan ini . Oleh itu kerajaan telah, sedang dan akan terus berusaha untuk menempatkan semula penduduk-penduduk setinggan kekawasan perumahan yang lebih teratur dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur. Pada umumnya penduduk-penduduk setinggan adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah walaupun tidak dapat dinafikan terdapat juga dikalangan mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan. Justeru itu kerajaan telah merancang dan melaksanakan berbagai-bagai projek petempatan yang sesuai dan selesa . Diantara projek-projek itu termasuklah projek kampung tersusun, rumah-rumah teres kos rendah dan rumah-rumah pangsa berharga rendah sejajar dengan pendapatan dan kemampuan mereka . Melalui kertas projek ini , kami akan cuba menerangkan peranan agensi-agensi yang terlibat dalam penyediaan petempatan untuk penduduk setinggan disamping mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi tersebut dan sambutan dari pihak penduduk-penduduk setinggan sendiri. Seterusnya kami melalui kajian ini akan cuba mendapatkan maklum balas dari penduduk-penduduk setinggan tentang projek-projek kerajaan dan cuba mengkaji diantara rumah teres dan pangsa kos rendah, yang mana menjadi pilihan mereka berserta sebab-sebab. Dengan ini kami berharap agensi-agensi yang terlibat dapat menggunakan sedikit sebanyak kajian ini sebagai panduan untuk menjalankan projek perumahan dimasa akan datang.