Kajian simulasi pengendalian trafik kontena pelabuhan Pulau Pinang / Ilias Mamat ... [et al.]
Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kecekapan pengendalian trafik kontena Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth. Data telah dikumpul selama enam bulan dan diuji dengan menggunakan proses simulasi perisian SIMAN. Daripada kajian ini, didapati corak ketibaan kapal besar (keupayaan memb...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Information Technology and Quantitative Sciences
1997
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11813/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11813/1/AJ_ILIAS%20MAMAT%20TMSK%2097.pdf |
Summary: | Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kecekapan pengendalian trafik kontena Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth. Data telah dikumpul selama enam bulan dan diuji dengan menggunakan proses simulasi perisian SIMAN. Daripada kajian ini, didapati corak ketibaan kapal besar (keupayaan membawa lebih daripada 507 buah kontena) adalah mengikut taburan Weibull manakala ketibaan kapal kecil (keupayaan membawa kurang daripada 507 buah kontena) pula mengikut taburan Log-normal. Impak keatas kecekapan apabila fasiliti pelabuhan dikurangkan atau rosak juga
dikaji. Hasilan menunjukkan apabila satu daripada empat 'port crane' yang ada rosak, jumlah kontena yang boleh dikendalikan untuk import dan eksport berkurangan. Jika perkhidmatan ditingkatkan, purata masa bagi pemunggahan kontena eksport boleh dipendekkan dan purata masa bagi pemunggahan kontena import pula boleh dipendekkan. Jika pergerakan 'prime mover' diintegrasikan,
pengendalian kontena import dan eksport juga boleh ditingkatkan. |
---|