Faktor-faktor kesedaran terhadap perpustakaan digital di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia / Razilan A. Kadir … [et al.]

Kemunculan teknologi terkini dalam bidang maklumat dan sistem maklumat telah membawa kepada satu fenomena baru dalam teknik-teknik pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Kehadiran fenomena inijuga telah mengubah dan memperlebarkan evolusi sistem perpustakaan tradisional ke sistem perpustakaan di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: A. Kadir, Razilan, Wan Dollah, Wan Ab. Kadir, Shahibi, Mohd Sazili, Singh, Diljit
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Information Management 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13868/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13868/1/AJ_RAZILAN%20A.%20KADIR%20INFORMIKA%2011.pdf
Description
Summary:Kemunculan teknologi terkini dalam bidang maklumat dan sistem maklumat telah membawa kepada satu fenomena baru dalam teknik-teknik pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Kehadiran fenomena inijuga telah mengubah dan memperlebarkan evolusi sistem perpustakaan tradisional ke sistem perpustakaan digital. Keperluan terhadap perpustakaan digital tidak boleh disangkal apatah lagi pencarian dan kedapatan maklumat akademik berasaskan kepada atas-talian dan tanpa sempadan. Di sebalik tersebarnya penggunaan perpustakaan digital, namun kajian ke atas kesedaran terhadap sistem sedemikan masih lagi jarang didapati. Kebanyakan kajian menumpu kepada kesedaran terhadap interaksi-manusia-komputer, begitu juga terhadap penggunaan Internet namun terlalu jarang terhadap perpustakaan digital. Sorotan kajian ini adalah untuk menyelidik faktor-faktor kesedaran terhadap perpustakaan digital akademik, di kalangan pengguna di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kaji selidik terhadap 944 responden di empat buah universiti penyelidikan mendapati bahawa lebih tiga perempat daripada responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perpustakaan digital akademik di universiti masing-masing. Hasil penemuan kajian juga mencadangkan, di sebalik penggunaan Internet yang tinggi di kalangan pelajar dan ahli akademik, kemahiran dan pengalaman mengguna Internet membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan perpustakaan digital. Keperluan terhadap sumber-sumber perpustakaan digital juga ditemui lebih tinggi daripada perpustakaan fizikal. Implikasi praktikal kajian ini adalah terutamanya terhadap penyelidik sains perpustakaan, pustakawan dan pihak berkuasa perpustakaan akademik; bagi memahami sejauh mana kesedaran pengguna terhadap perpustakaan digital akademik serta impaknya terhadap persepsi dan kepenggunaan ke atas sistem tersebut.