Pengkelasan gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan UiTM Pulau Pinang menggunakan model gaya pembelajaran Felder-Silverman / Azmi Mohd Yusof and Rozita Kadar

Model pembelajaran Feldel-Silverman telah digunakan untuk mengkaji dan mengkelaskan gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan UiTM Pulau Pinang. Kajian ini mensasarkan untuk melihat dominasi dimensi personaliti gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan menggunakan Indeks Gaya Pembelajaran Felder- Solomon....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof, Azmi, Kadar, Rozita
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14861/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14861/1/AJ_AZMI%20MOHD%20YUSOF%20ESTEEM%2007.pdf
Description
Summary:Model pembelajaran Feldel-Silverman telah digunakan untuk mengkaji dan mengkelaskan gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan UiTM Pulau Pinang. Kajian ini mensasarkan untuk melihat dominasi dimensi personaliti gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan menggunakan Indeks Gaya Pembelajaran Felder- Solomon. Gaya pembelajaran setiap pelajar didapati berbeza mengikut gender, kursus yang diikuti dan juga latar belakang pendidikan yang diterima sebelum mengikuti pengajian di universiti. Pelajar kejuruteraan didapati mempunyai gaya pembelajaran jenis active bagi dimensi pertama, sensing bagi dimensi kedua, visual bagi dimensi ketiga dan sequential bagi dimensi keempat. Daripada keseluruhan gaya belajar tersebut didapati pelajar UiTM P.Pinang mempunyai kecenderungan yang kuat bagi gaya visual. Ujian keboleharapan (reliability) menggunakan pemalar Cronbach's Alpha juga menunjukkan konsistensi signifikan di antara keempat empat dimensi gaya pembelajaran. Model Felder-Silverman dapat digunakan untuk membantu instruktor di bidang pendidikan kejuruteraan bagi memahami gaya belajar pelajar kejuruteraan dan sebagai alat untuk mereka bentuk kaedah pengajaran supaya menjadi lebih berkesan.