Kajian terhadap impak dan kepentingan konsep minimalis dalam rekaan set teater Asylum (2013) / Siti Soleha Sarkiah

Konsep minimalis seringkali menjadi pilihan aktivis-aktivis teater indie untuk digarapkan menjadi stail pementasan teater mereka. Konsep ini bukan sahaja merangkumi gaya pengarahan dan juga lakonan dalam pementasan tersebut, tetapi ia juga boleh diaplikasikan dalam artistic pentas dari aspek set dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sarkiah, Siti Soleha
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15070/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15070/1/PPb_SITI%20SOLEHA%20SARKIAH%20FF%2014_5.pdf
Description
Summary:Konsep minimalis seringkali menjadi pilihan aktivis-aktivis teater indie untuk digarapkan menjadi stail pementasan teater mereka. Konsep ini bukan sahaja merangkumi gaya pengarahan dan juga lakonan dalam pementasan tersebut, tetapi ia juga boleh diaplikasikan dalam artistic pentas dari aspek set dan props, pencahayaan, kesan bunyi dan juga kostum dan solekan. Sungguh pun begitu, konsep ini jarang dapat dikesan dari segi bentukan, rekaan dan kewujudannya dalam pembinaan set sesebuah teater. Melalui kajian ini, pendedahan terhadap impak dan kepentingan konsep minimalis dapat dirungkai berdasarkan penyelidikan menerusi rekaan set Teater Asylum (2013). Penggunaan teori bentu kan dan juga teori rekaan menjadi asas untuk mencapai objektif dalam kajian ini. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada umum bahawa minimalis tidak hanya hadir dalam persembahan teater sahaja, tetapi juga dapat diaplikasikan dalam rekaan set sebagai salah satu aspek terpenting dalam sinografi. Selain itu, penyelidikan ini dapat membantu para aktivis teater indie dan juga kepada amatur sebagai permulaan untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang ini di samping dapat menyampaikan hasil karya mereka kepada umum tanpa memerlukan kos atau dana yang tinggi