Pengurusan risiko dalam persembahan pentas : Satu kajian terhadap konsert Wings Rockestra 2013 / Nur Khairunnisa’ Abdul Hamid
Kajian ilmiah ini bertumpu kepada pengurusan risiko yang terdapat dalam persembahan pentas Konsert Wings Rockestra 2013. Ia telah berlangsung pada 26, 27, 28 dan 30 April 2013 di Panggung Sari, Istana Budaya. Penulis membuat kajian lapangan terhadap pihak penganjur konsert dan pihak Istana Budaya. K...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15086/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15086/1/PPb_NUR%20KHAIRUNNISA%E2%80%99%20ABDUL%20HAMID%20FF%2014_5.pdf |
Summary: | Kajian ilmiah ini bertumpu kepada pengurusan risiko yang terdapat dalam persembahan pentas Konsert Wings Rockestra 2013. Ia telah berlangsung pada 26, 27, 28 dan 30 April 2013 di Panggung Sari, Istana Budaya. Penulis membuat kajian lapangan terhadap pihak penganjur konsert dan pihak Istana Budaya. Kajian ini menggunakan kualitatif sebagai paradigma dalam kajian dengan memilih temubual sebagai kaedah utama. Kajian ilmiah ini memberi pengkhususan kepada pengurusan risiko yang melibatkan proses mengenalpasti, menganalisis, mengawal, memberi
respon dan yang terakhir memantau sebarang kemungkinan risiko yang ada. Seterusnya, penulis mengaplikasi Teori Gelombang Ketiga yang diperkenalkan oleh Toffler dan Teori Undang-undang Murphy dalam menghuraikan hasil kajian. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, penulis mendapati proses merancang dan
membuat keputusan oleh pihak penganjur konsert melibatkan amalan pengurusan risiko yang baik dan mengikut proses seperti yang dinyatakan oleh Toffler dalam
Teori Gelombang Ketiga dan disokong oleh teori Undang-undang Murphy. Pihak penganjur konsert turut menjadikan konsert yang lepas iaitu Konsert Wings Opera Hidup 2011 sebagai bahan eksperimen untuk menghasilkan persembahan yang lebih baik bagi tahun 2013. Bagi pihak IB pula, penulis mendapati mereka hanya berpegang teguh kepada peraturan dan protokol yang telah sedia ada sahaja. Oleh itu, penulis menyarankan agar Wings perlu lebih peka mengenai tarikh-tarikh penting dalam negara untuk merancang persembahan pada masa hadapan supaya tidak terdapat pertindihan waktu seperti konsert kali ini yang menyukarkan perolehan penajaan dan mengurangkan jumlah jualan tiket. Memandangkan IB menyediakan ruang pentas persembahan peringkat antarabangsa, sewajarnya pihak Istana Budaya perlu menyediakan dokumentasi yang hampir sama dengan Pelan Kawalan Risiko yang dibuat oleh pihak Safework SA di Selatan Australia bagi menjamin keselamatan semua pihak lebih terpelihara. |
---|