Perceived use of critical reading strategies amongst form four students of SMk Kampong Jawa, Klang, Selangor / Muhammad Zamir Zulkifli

Kaji selidik ini menyiasat penggunaan strategi membaca secara kritikal yang digunakan oleh 84 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah. Para pelajar ini dipilih dari tiga buah kelas yang kemudiannya dikategorikan mengikut gred peperiksaan PMR kertas Bahasa Inggeris yang mereka per...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zulkifli, Muhammad Zamir
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Education 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15358/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15358/1/PPb_MUHAMMAD%20ZAMIR%20ZULKIFLI%20ED%2014_5.pdf
Description
Summary:Kaji selidik ini menyiasat penggunaan strategi membaca secara kritikal yang digunakan oleh 84 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah. Para pelajar ini dipilih dari tiga buah kelas yang kemudiannya dikategorikan mengikut gred peperiksaan PMR kertas Bahasa Inggeris yang mereka perolehi. Gred para pelajar ini digunakan untuk mengenalpasti kemahiran bahasa mereka samada tinggi, sederhana, dan rendah. Para pelajar ini diminta untuk menjawab borang kaji selidik yang diadaptasi dari Mokhtari dan Sheorey (2002). Borang kaji selidik ini mempunyai 30 item yang dikategorikan mengikut tiga kategori iaitu strategi global, strategi penyelesaian masalah dan strategi sokongan. Data yang diperolehi dari borang kaji selidik ini dianalisa untuk mengkaji kekerapan strategi yang digunakan oleh para pelajar, mengenalpasti kekerapan paling tinggi bagi kategori yang digunakan, dan melihat perbezaan penggunaan strategi membaca secara kritikal mengikut kemahiran bahasa para pelajar. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa kategori strategi membaca secara kritikal yang mempunyai kekerapan paling tinggi dicatatkan para pelajar adalah strategi penyelesaian masalah disusuli dengan strategi sokongan seterusnya strategi global. Dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa pelajar berkemahiran bahasa tinggi mencatatkan kekerapan penggunaan strategi membaca secara kritikal paling tinggi. Manakala, pelajar berkemahiran bahasa lemah mencatatkan pencapaian kedua tertinggi diikuti dengan pelajar berkemahiran bahasa sederhana. Beberapa persamaan dan perbezaan penggunaan strategi membaca secara kritikal antara ketiga-tiga tahap juga ditunjukkan dalam dapatan kajian ini. Kaji selidik ini turut menyediakan beberapa implikasi dan cadangan untuk penambahbaikan untuk kajian masa hadapan.