The relationship between organizational commitment and the transformational leadership among teachers in the district of Padawan Kuching / Nako Nawi @ Jeffry Renos Nawie

Dalam era globalisasi, persekitaran tempat kerja menjadi semakin kompleks dan canggih. Peranan guru juga menjadi semakin mencabar dalam memenuhi kehendak masyarakat dan organisasi Walaubagaimanapun, salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanan organisasi terpamer dalam komitmen organisasi dan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nawie, Nako Nawi @ Jeffry Renos
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15363/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15363/1/TM_NAKO%20NAWI%20%40%20JEFFRY%20RENOS%20NAWIE%20ED%2012_5.pdf
Description
Summary:Dalam era globalisasi, persekitaran tempat kerja menjadi semakin kompleks dan canggih. Peranan guru juga menjadi semakin mencabar dalam memenuhi kehendak masyarakat dan organisasi Walaubagaimanapun, salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanan organisasi terpamer dalam komitmen organisasi dan pencapaian dari ahlinya. Kajian lampau membuktikan bahawa tingkah laku kepimpinan transformasi memainkan peranan penting dalam meningkat komitmen dalam kalangan guru. Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti hubungan di antara komitmen organisasi dan tingkahlaku kepimpinan transformasi dalam kalangan guru sekolah rendah di Padawan, Kuching, Sarawak. Kajian in mengunakan kaedah tinjauan yang bersifat diskrptif - korelasi. Soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi tujuan mendapat matlumat. Seramai 111 orang guru dari sekolah rendah di sekitar Dearah Padawan, Kuching, Sarawak, telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan menunjukan bahawa komitmen organisasi dalam kalangan guru adaiah sederhana. Dapatan juga menunjukan bahawa guru berpersepsi bahawa gurubesar mereka mempunyai tingkahlaku kepimpinan transformasi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan sederhana antara tingkah laku kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa membangunkan kompentensi kepimpinan transformasi sangat penting bagi meningkatkan komitmen dalam kalangan guru.