Keberkesanan pengurusan penyelenggaraan sistem pembetungan di Shah Alam / Nurhazalina Mohamed Razali
Indah Water Konsortium merupakan sebuah syarikat swasta yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengendalikan system pembetungan awam di 144 Pihak Berkuasa Tempatan bagi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan penduduk. Menyedari kepentingan terhadap penyelenggaraan sistem pembetungan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15508/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15508/1/TD_NURHAZALINA%20MOHAMED%20RAZALI%20AP%2003_5.PDF |
Summary: | Indah Water Konsortium merupakan sebuah syarikat swasta yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengendalikan system pembetungan awam di 144 Pihak Berkuasa Tempatan bagi meningkatkan taraf
kesihatan dan kesejahteraan penduduk. Menyedari kepentingan terhadap penyelenggaraan sistem pembetungan yang sempuma dalam kehidupan dan alam sekitar, pelbagai alternatif baru digunakan dalam menangani masalah pembuangan najis yang tidak sempuma sekiranya ia tidak dirawat sebaik mungkin. Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan pengurusan penyelenggaraan sistem pembetungan dari segi tahap pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap alam sekitar dalam kehidupan harian. Melalui kajian tersebut juga, komen, cadangan dan pandangan dari pengguna mengenai perkhidmatan yang dilaksanakan oleh IWK sendiri telah diambil bagi mengukur kepuasan pengguna terhadap caj yang dikenakan oleh pihak terbabit
dalam menampung penduduk seramai 70 juta orang menjelang tahun 2020. |
---|