Kesan perlaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran terhadap para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM Puncak Perdana / Sufy Rabea Adawiya Idris

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kesan perlaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran terhadap para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM Puncak Perdana. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah penyelidikan jenis kualitatif. Fokus utama kaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Idris, Sufy Rabea Adawiya
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Information Management 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15703/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15703/1/PPb_SUFY%20RABEA%20ADAWIYA%20IDRIS%20IM%2007_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kesan perlaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran terhadap para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM Puncak Perdana. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah penyelidikan jenis kualitatif. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan dan kesan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran terhadap Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana iaitu adakah pelajar dapat menerima perlaksanaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran. Selain daripada itu kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap perlaksanaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran di kalangan pensyarah. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada tiga orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada Fakulti Pengurusan Maklumat dan juga beberapa orang pelajar Pengurusan Maklumat.Data dikumpul dengan menggunakan dua pendekatan penyelidikan kualitatif iaitu temubual, dan pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan hanya untuk mengetahui tahap penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran. Dapatan kajian melalui teknik ini kemudiannya telah ditriangulasi untuk mengesahkan dapatan tinjauan serta kebolehpercayaan data yang diperoleh.