Kesyumulan konsep reda dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). / Nabila Farha Johar
Kajian ini memfokuskan kepada kesyumulan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak. Syumul merupakan satu terma yang membawa konotasi sebagai sesuatu yang bersifat menyeluruh. Sementara, redai merupakan sebuah konsep yang melibatkan kerelaan hati dalam menghadapi apa yang telah ditakdirkan terj...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15870/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15870/1/PPb_NABILA%20FARHA%20JOHAR%20FF%2013_5.pdf |
Summary: | Kajian ini memfokuskan kepada kesyumulan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak. Syumul merupakan satu terma yang membawa konotasi sebagai sesuatu yang bersifat menyeluruh. Sementara, redai merupakan sebuah konsep yang melibatkan kerelaan hati dalam menghadapi apa yang telah ditakdirkan terjadi. Penumpuan terhadap kajian ini melibatkan tiga objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen reda. Objektif yang kedua adalah untuk menganalisis konsep reda yang membawa kepada tindakan watak dalam filem dan yang terakhir sekali adalah untuk menginterpretasi konsep reda dalam mempengaruhi tindakan watak dalam filem. Dua buah filem akan digunakan sebagai sampel kajian iaitu Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). Dalam menganalisis berkenaan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak, penggabungan dua pendekatan iaitu antara sudut pandang Islam dan barat bakal digunakan bagi menjalankan kajian ini. Kelangsungan dua pendekatan yang akan bertemu titik persamaan sekali gus, selari dengan matlamat kajian yang akan dijalankan iaitu dalam mengkaji tindakan dan tindak balas manusia berdasarkan konsep reda. Pendekatan konsep reda yang dibawa oleh As-Syeikh Ahmad Ridha’ dan Muhammad Khalid Thabit akan diaplikasikan di dalam kajian ini di samping, pendekatan behaviorisme yang bakal digunakan. |
---|