Penjenamaan semula artis Malaysia dan Liyana Fizi: satu kajian di kalangan pendengar muzik Malaysia / Nabil Fikri Muhammad Fairuz

Penjenamaan semula artis adalah bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru supaya relevan dalam perkembangan industri muzik Malaysia masa kini. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh artis di Malaysia bagi meningkatkan populariti, kesedaran dan permintaan pendengar muzik terhadap hasil kreatif mere...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Fairuz, Nabil Fikri
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15939/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15939/1/PPb_NABIL%20FIKRI%20BIN%20MUHAMMAD%20FAIRUZ%20FF%2015_5.pdf
Description
Summary:Penjenamaan semula artis adalah bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru supaya relevan dalam perkembangan industri muzik Malaysia masa kini. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh artis di Malaysia bagi meningkatkan populariti, kesedaran dan permintaan pendengar muzik terhadap hasil kreatif mereka. Walaubagaimanpun, setelah 2 tahun usaha Liyana Fizi menjalankan proses penjenamaan semula, nama beliau masih tidak dikenali dikalangan pendengar muzik Malaysia. Selain itu, kekurangan tenaga pakar dalam bidang pemasaran industri kreatif dan persaingan sengit dengan kemasukkan karya-karya daripada negara jiran menyebabkan kurangnya keberkesanan proses penjenamaan semula. Maka, satu kajian berbentuk kuantitatif telah dijalankan, di mana borang soal kaji selidik telah dijadikan instrumen kajian bagi mengumpul data informasi menggunakan aplikasi Google Forms. Seramai 314 responden mewakili pendengar muzik di Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian ini iaitu sebanyak 78.5%. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tahap keberkesanan dan potensi penjenamaan semula terhadap artis Malaysia dan Liyana Fizi di kalangan pendengar muzik Malaysia. Dapatan kajian ini mendapati pendengar muzik Malaysia sedar dan telah memberi kesan dalam proses penjenemaan semula artis Malaysia dan Liyana Fizi. Selain itu, potensi penjenamaan semula dapat memberi impak yang positif terhadap artis di Malaysia.