Analisis konteks wacana dalam novel contengan jalanan / Muhammad Faizuddin Hashim

Konteks wacana merupakan salah satu topik dalam analisis wacana yang menentukan pentafsiran makna sesebuah wacana disebabkan pengertian teks dalam wacana menunjukkan teks tersebut memiliki struktur yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, analisis wacana jelas menunjukkan b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Muhammad Faizuddin
Format: Student Project
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16185/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16185/1/PPb_MUHAMMAD%20FAIZUDDIN%20HASHIM%20APB%2016_5.pdf
Description
Summary:Konteks wacana merupakan salah satu topik dalam analisis wacana yang menentukan pentafsiran makna sesebuah wacana disebabkan pengertian teks dalam wacana menunjukkan teks tersebut memiliki struktur yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, analisis wacana jelas menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kepada pertautan dan ketenunan perkataan demi perkataan, ayat demi ayat serta perenggan demi perenggan yang membentuk sebuah wacana yang lengkap. Kajian analisis wacana ini melihat kepada analisis konteks wacana dalam novel Contengan Jalanan karya Hlovate (2011). Teori yang diketengahkan oleh Brown dan Yule (1987) menjadi panduan utama bagi menganalisis konteks wacana mengikut jenis-jenisnya iaitu rujukan, praanggapan, implikatur dan inferens. Penentuan data kajian ini diambil sebanyak 229 perenggan daripada jumlah keseluruhan perenggan dalam novel ini iaitu 1065. Hal ini demikian kerana, dengan bilangan perenggan sebanyak itu sudah memadai untuk menganalisis konteks wacana dalam kajian ini. Keempat-empat jenis konteks wacana ini dianalisis dengan mengenal pasti petikan atau dialog dalam data kajian yang menerapkan empat jenis konteks wacana ini. Selain itu, jenis konteks wacana ini juga dikira kekerapan penggunaannya bagi mendapatkan jenis konteks wacana yang lazim digunakan dalam data kajian. Kata kunci: konteks wacana; rujukan; praanggapan; implikatur; inferens.