Citra wanita dalam lirik lagu dahulu dan kini / Shasha Fazwin Mazlan

Citra wanita dalam lirik lagu ini dianalisis menggunakan pendekatan kerangka konsep daripada Aacker & Myers (1985) dan kamus bidang iaitu Kamus Psychology (2009).Data yang digunakan diperoleh daripada lirik- lirik lagu yang hanya terdapat di atas talian sahaja dan dipilih berdasarkan nama wanita...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mazlan, Shasha Fazwin
Format: Student Project
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16206/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16206/1/PPb_SHASHA%20FAZWIN%20MAZLAN%20APB%2016_5.pdf
Description
Summary:Citra wanita dalam lirik lagu ini dianalisis menggunakan pendekatan kerangka konsep daripada Aacker & Myers (1985) dan kamus bidang iaitu Kamus Psychology (2009).Data yang digunakan diperoleh daripada lirik- lirik lagu yang hanya terdapat di atas talian sahaja dan dipilih berdasarkan nama wanita yang menyentuh perihal atau citra wanita. Lirik- lirik lagu tersebut dihasilkan oleh penulis lelaki dan dinyanyikan juga oleh penyanyi lelaki.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti unsur citra wanita, menganalisis ciri citra wanita (gambaran, imej peribadi) dan hasil penilaian (positif, negatif) citra wanita yang terdapat dalam lirik- lirik lagu dahulu dan kini .Data- data yang mengandungi unsur gambaran ini melibatkan makna tersirat (implikatur) yang tidak dapat di tafsir secara literal. Hasil kajian mendapati bahawa, lirik- lirik lagu kini banyak menggunakan gambaran untuk menggambarkan ciri fizikal dan peribadi seseorang wanita.Sementara itu, unsur imej peribadi pula banyak digunakan dalam lirik-lirik lagu dahulu.Bagi aspek hasil penilaian pula, unsur- unsur positif wanita banyak digunakan dalam lirik lagu dahulu berbanding lirik lagu kini.