Pembikinan filem Islam di Malaysia: perjalanan dakwah atau pelaburan komersil / Shafezah Abdul Wahab, Siti Najah Raihan Sakrani and Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim

Terdapat perbezaan antara penghasilan filem Islam dan filem berkonsepkan Islam di Malaysia yang mana usaha begini kurang mendapat perhatian dari kalangan karyawan serta penonton filem tempatan ditambah pula dengan pasaran terhad di peringkat lokal. Hal ini seolah-olah memperlihatkan dakwah Islam tid...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Wahab, Shafezah, Sakrani, Siti Najah Raihan, Hashim, Prof Madya Dr Mohd Adnan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16686/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16686/2/PRO_SHAFEZAH%20ABDUL%20WAHAB%20M%2015.pdf
Description
Summary:Terdapat perbezaan antara penghasilan filem Islam dan filem berkonsepkan Islam di Malaysia yang mana usaha begini kurang mendapat perhatian dari kalangan karyawan serta penonton filem tempatan ditambah pula dengan pasaran terhad di peringkat lokal. Hal ini seolah-olah memperlihatkan dakwah Islam tidak dapat dipupuk melalui medium filem sepertimana yang dihasilkan dalam industri perfileman Islam di Indonesia dan Iran yang banyak memartabatkan Islam dalam karya filem. Polemik ini mendapat perhatian dan seringkali menjadi perdebatan di kalangan penggiat seni dan ulama. Persoalannya ialah bagaimanakah filem Islam ini mampu menjadi medium dakwah sekaligus mendapat tempat di hati penonton dan menembusi pasaran global. Kajian ini melihat bagaimana karyawan menggunakan filem sebagai medium dakwah serta menganalisa intipati kandungan filem yang dihasilkan. Metodologi kajian menggunakan apparatus temubual bersama prospek kajian daripada tiga bidang perfileman yang meninjau dari sudut akademik, penggiat seni serta persatuan sutradara. Hasil dapatan kajian diharapkan mampu memberi satu gambaran yang kolektif kepada industri filem negara khasnya dalam penghasilan genre Islam.